Tajuk utama akhbar-akhbar di serata dunia melaporkan Injil Yudas yang hilang dijumpai semula dan diterjemahkan. Laporan injil ini memberikan kisah baru kehidupan Yesus dan perhubunganNya dengan Yudas yang digambarkan bukanlah seorang pengkhianat seperti yang digambarkan di dalam Injil-Injil Perjanjian Baru. Malah dialah seorang hero dan pengikut kanan Yesus yang paling dipercayai di mana pengkhianatan Yesus adalah atas permintaan Yesus sendiri. Injil ini juga menyatakan Yesus mendedahkah ilmu rahsia kepada Yudas yang mengarahkannya menyerahkan Yesus kepada pihak berkuasa Rum. Daripada menggambarkan ketamakan Yudas dan dihasut syaitan, Yudas setia menuruti arahan Yesus. Adakah Injil Yudas ini mendedahkan suatu cerita baru Yesus? Adakah umat Kristian patut bimbang akan sejarah dan persepsi baru ini?

Injil Yudas dijumpai pada tahun 1978 oleh seorang petani di sebuah gua berdekatan El Minya di Mesir tengah. Para cendikiawan mentarikhkan penulisan teks qibli (Coptic text) ini di antara 300 T.M. dan 400 T.M. Kebanyakkan cendikiawan percaya teks asal ini ditulis dalam bahasa Yunani dan manuskrip asalnya ditulis di pertengahan abad kedua. Walaupun penulisnya tidak diketahui, sudah pasti dia bukan Yudas atau pengikut Yesus yang mengarangnya. Ia adalah ajaran Gnostik yang mula berkembang pada zaman itu. Irenaeus adalah yang terawal membidas ajaran Gnostik kerana penyelewengannya dalam penulisan beliau pada 180 TM.

Injil Yudas ini adalah sama dengan bahan-bahan risalah Gnostik yang dijumpai di sepanjang Nil termasuklah set Nag Hammadi yang mengandungi 45 teks Gnostik iaitu Injil Maria, Injil Petrus dan teks-teks lain.
Discuss   Add this link to...  Bury

Comments Who Voted Related Links