Seperti yang telah saya gambarkan sejak awal dalam pencarian rohani saya, hakikat pertama yang mengalakkan saya untuk memberi perhatian kepada kebenaran yang terdapat di dalam Kitab Injil adalah satu ayat daripada Surah Al-Maidah 68, yang mengesahkan bahawa Kitab Suci Injil adalah Kitab yang benar untuk semua orang yang menyembah Tuhan dalam kebenaran, mengikut kehendak Allah.

Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sering digunakan oleh orang muslim,seperti saya dahulunya,yang telah disalah terjemahkan sebagai bukti,bahawa Kitab Suci Injil adalah palsu dan telah diubah oleh sesetengah pihak daripada orang jahil.

Selepas saya belajar tentang semua makna yang sebenarnya daripada ayat Al-Quran yang sebenarnya,saya ingin belajar untuk memahami perkataan di dalam Kitab Injil dengan sendirinya.

Saya cuba untuk mempercayai dan menguji bagaimana kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran telah memimpin saya untuk membuat kesimpulan ini.
Discuss   Add this link to...  Bury

Comments Who Voted Related Links