Maria dari Magdalena merupakan watak utama dalam The Da Vinci Code. Marilah kita meneliti hidup Maria bermula dengan tanggapan salah bahawa dia seorang pelacur.
Dari manakah tanggapan ini datang? Malangnya, kenapakah banyak orang yang tersilap tanggapan?
Menurut Leigh Teabing, pemahaman popular yang Maria ini seorang pelacur ialah hasil kempen gereja awal memburuk-burukkan nama baiknya. Pada pandangan Teabing, “Gereja menfitnah Maria … untuk menyembunyi rahsianya yang berbahaya – peranannya sebagai Holy Grailâ€. Ingat, dalam novel ini, Holy Grail bukanlah cawan yang digunakan oleh Yesus semasa jamuan terakhir. Sebagai ganti, Maria dari Magdalena dijadikan sebagai isteri dan penyambung zuriat Yesus.
Bagaimanakah kita seharusnya memberi jawapan? Pernahkah gereja awal memfitnah Maria sebagai seorang pelacur demi menyembunyikan perhubungan intimnya dengan Yesus?
Discuss Add this link to...Bury Add to:
| Bookmarks
Comments