Doktrin Tritunggal adalah pusat kepada keunikkan dalam ajaran Kristian. Tritunggal adalah rumusan dari pernyataan AlKitab berkenaan hakikat Tuhan yaitu Tuhan Maha Esa dan keesaanNya menyatakan diri dalam tiga Peribadi iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Dan tiga peribadinya hakikatnya satu Tuhan. Berpusat pada ajaran inilah Yesus memberikan amanat teragungnya kepada para gerejaNya, mengamanahkan umat-umatNya "...jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus..." (Matius 28:19)


Tidak hairanlah jika doktrin Tritunggal disalah fahamkan dan juga dicela. Contohnya Saksi Yehovah (Jehovah Witnesses) menentang doktrin ini. Mereka berpendapat bahawa Yesus hanyalah manusia yang dicipta Tuhan. Saksi Yehovah juga mengatakan Yesus tidak wujud kekal bersama Bapa dan menafikan keTuhananNya.

Ajaran Islam juga menentang doktrin tritunggal. Surah 4:171 menyatakan "...janganlah kamu mengatakan " '(Tuhan itu) tiga', berhentilah. Lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak...". Walaupun ajaran Kristian tidak menyatakan mahupun mengajar Tritunggal terdiri dari Bapa, Bonda Maria dan Nabi Isa, Anak, inilah ditentang oleh ajaran Islam kerana menyekutukan dengan Allah adalah dosa terutama sekali dengan Nabi Isa.

Ada juga yang mengatakan doktrin Tritunggal ini tidak diajar oleh Yesus sendiri mahupun pada zaman awal permulaan gereja. Doktrin ini dikatakan dipaksa dan dikenakan kepada gereja-gereja oleh maharaja Constantine pada abad keempat sewaktu persidangan Nicea. Saksi Yehovah percaya bahawa maharaja tersebut memaksa gereja-gereja untuk menerima doktrin. Mormon percaya bahawa komponen paganisme Constantine dan falsafah Yunani dipaksa terima oleh biskop-biskop sewaktu persidangan Nicea.
1 Comment   Add this link to...  Bury

Comments Who Voted Related Links